Pengenalan
Ø Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untukmembuat biskut dan kek, antaranya ialah:
a) Kaedah gaul dan ramas
b) Kaedah putar
c) Kaedah enjut (whisking method)
Ø Boleh disediakan untuk minuman pagi, minuman petang, snek, dan musin perayaan.
Ø Mengandungi nutrien karbohidrat, lemak dan protien.
Kaedah Gaul dan Ramas
Ø Popular digunakan kerana kaedah ini paling mudah dan tidak memerlukan banyak masa serta alatan.
Ø Perlu dibuat dengan cepat untuk mendapatkan hasil yang baik.
Definisi Kaedah Gaul dan Ramas
Ø Lemak(marjerin) dan tepung digaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk.
Ø Sukatan kadar tepung dan lemak ialah satu bahagian tepung dengan 1/3 hingga
1/2 bahagian lemak.
Peraturan Membuat Adunan Gaul dan Ramas
- Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan lemak(marjerin) yang beku dan potongkannya kecil-kecil dengan pisau.
- Gaul ramas lemak ke tepung dengan menggunakan hujung jari sambil mengangkat-angkat campuran tinggi daripada mangkuk untuk memasukkan seberapa banyak udara yang boleh. Gaul dengan cepat dan ringan sehingga campuran seperti kelihatan serbuk roti.