Monday, 31 October 2011

KAEDAH GAUL DAN RAMAS

Pengenalan

Ø     Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untukmembuat biskut dan kek, antaranya ialah:
        a)  Kaedah gaul dan ramas
        b)  Kaedah putar
        c)  Kaedah enjut (whisking method)

Ø        Boleh disediakan untuk minuman pagi, minuman petang, snek, dan musin perayaan.
Ø       Mengandungi nutrien karbohidrat, lemak dan protien.


Kaedah Gaul dan Ramas
Ø  Popular digunakan kerana kaedah ini paling mudah dan tidak memerlukan banyak masa serta alatan.
Ø  Perlu dibuat dengan cepat untuk mendapatkan hasil yang baik.

Definisi Kaedah Gaul dan Ramas
Ø  Lemak(marjerin) dan tepung digaul  dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk.
Ø   Sukatan kadar tepung dan lemak ialah satu bahagian tepung dengan 1/3 hingga
1/2 bahagian lemak.

 Peraturan Membuat Adunan Gaul dan Ramas
  1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan. 
  2. Masukkan lemak(marjerin) yang beku dan  potongkannya kecil-kecil dengan pisau.
  3. Gaul ramas lemak ke tepung dengan menggunakan hujung jari sambil mengangkat-angkat campuran tinggi daripada mangkuk untuk memasukkan seberapa banyak udara yang boleh. Gaul dengan cepat dan ringan sehingga campuran seperti kelihatan serbuk roti.
      Antara biskut–biskut yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas ialah tart, biskut mazola,        semperit dan lain-lain lagi. 
















No comments:

Post a Comment