THE ARTS OF BAKING
special for ERT students...
Monday, 31 October 2011
KEK DAN BISKUT
KAEDAH MEMBUAT BISKUT
1. Kaedah ini memerlukan lemak dan gula diputar sehingga menjadi kembang, ringan, gebu dan berwarna putih.
2. Sukatan asas bahan-bahan utama ialah
Tepung = 250gm / 1 bahagian
Lemak = 125gm - 250gm / 1/2 - 1 bahagian
Gula = 125gm - 250gm / 1/2 - 1 bahagian
3. Sukatan asas bahan-bahan untuk membuat biskut dan kek dengan kaedah putar adalah sama.
Biskut Kaedah Putar
1. Bahan utama untuk membuat biskut ialah:
a) Tepung - tepung gandum
a) Tepung - tepung gandum
b) Lemak - mentega atau marjerin
c) Gula - gula halus, gula kastor dan gula perang
d) Cecair - susu, air, telur
e) Perisa - perisa jenis serbuk : serbuk koko, serbuk kopi atau rempah
- perisa jenis cecair : pelbagai jenis esen dan jus buah-buahan
- buah-buahan kering dan segar : badam, kismis
Contoh: biskut mentega,semperit dan lain-lain
Gambar
Hasil-hasil daripada kelas pastri. Selamat mencuba...:)
Donut
Donut
Choux Paste ( cream puff, eclairs) |
Kek Black Forest |
Soft Roll |
Puding Roti |
Variasi Biskut |
![]() |
Puding Karamel |
![]() |
Kek Gulung |
Yellow River Bun |
KAEDAH GAUL DAN RAMAS
Pengenalan
Ø Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untukmembuat biskut dan kek, antaranya ialah:
a) Kaedah gaul dan ramas
b) Kaedah putar
c) Kaedah enjut (whisking method)
Ø Boleh disediakan untuk minuman pagi, minuman petang, snek, dan musin perayaan.
Ø Mengandungi nutrien karbohidrat, lemak dan protien.
Kaedah Gaul dan Ramas
Ø Popular digunakan kerana kaedah ini paling mudah dan tidak memerlukan banyak masa serta alatan.
Ø Perlu dibuat dengan cepat untuk mendapatkan hasil yang baik.
Definisi Kaedah Gaul dan Ramas
Ø Lemak(marjerin) dan tepung digaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk.
Ø Sukatan kadar tepung dan lemak ialah satu bahagian tepung dengan 1/3 hingga
1/2 bahagian lemak.
Peraturan Membuat Adunan Gaul dan Ramas
- Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan lemak(marjerin) yang beku dan potongkannya kecil-kecil dengan pisau.
- Gaul ramas lemak ke tepung dengan menggunakan hujung jari sambil mengangkat-angkat campuran tinggi daripada mangkuk untuk memasukkan seberapa banyak udara yang boleh. Gaul dengan cepat dan ringan sehingga campuran seperti kelihatan serbuk roti.
Antara biskut–biskut yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas ialah tart, biskut mazola, semperit dan lain-lain lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)